Kita Geng Okeh!

April 30, 2014

SAYA DAN AWAK....


Saya Sedih!
Kenapa awak tak tegur saya?
Awak tahu saya tak tutup aurat dengan sempurna, memakai baju mengikut fesyen sehingga melanggar syariah Islam, tetapi kenapa awak tak tegur saya? Malah awak puji saya dengan cakap apa?
“ Cantiknya awak pakai baju tu!”
Awak tahu saya buat maksiat dengan Boyfriend saya, selalu sahaja saya mengemas kini status dengan gambar saya dengan Boyfriend saya, tetapi kenapa awak tak pernah tegur saya? Malah awak ucap apa dekat saya?
“ Tahniah, semoga kekal ke jinjang perkahwinan.”
Ucapan awak tu membuatkan saya semakin hanyut dengan dunia maksiat!
Awak tahu saya selalu mengumpat dekat kawan saya, tetapi awak membiarkan sahaja saya mengumpat malah awak mengia-iakan lagi membuatkan saya yakin bahawa saya adalah di pihak yang benar walau saya tahu saya salah.
Awak,
Awak memang sengaja nak masukkan saya ke neraka kan? Awak sengaja nak bahagia dengan masuk syurga sendirian kan? Awak jangan harap nak masuk sebab saya akan tarik awak masuk neraka bersama-sama dengan saya sebab awak sekongkol untuk membuatkan saya leka di dunia.
Saya kurang ilmu agama, tetapi awak tinggi ilmu agama. Mana ajaran agama awak tu? Kenapa awak tak guna untuk bantu saya?
Saya tahu saya tak guna, tetapi awak lagi tak guna dengan membiarkan saya terseksa di kubur dengan seksaan yang perit!
Awak tunggulah di akhirat kelak, saya akan tarik awak masuk neraka sebab awak tak tegur saya!

Moral Value: Sekiranya kita tahu, sahabat kita melakukan kesalahan, janganlah membiarkan mereka terus melakukan kesalahan, tegurlah dengan harapan kita juga mampu bersama dengannya di syurga.


April 27, 2014

Besarnya dugaan orang lelaki nak meminang anak dara orang.
Budak-budak lelaki yang cuma nak main-main, couple suka-suka, takkan lalui benda ni sebab ketidakmatangan mereka menghalang sel-sel otak mereka berhubung dari memikirkan persediaan ke arah nikah.

Hanya orang yang betul-betul serius akan memahami apa erti kesusahan di alam perkahwinan.
Bila betul-betul serius suka. Betul-betul nak kahwin. Andai bernasib baik jumpa mentua yang betul-betul Islamik, anda tidak akan mengalaminya. Insya-Allah.

Namun, jika kurang bernasib baik, lelaki akan ditanya bakal mentuanya seperti ini.
"Kamu kerja apa? Masih belajar? Bila nak habis? Lama lagi? Lulusan diploma? Degree? Master or PhD?"
"Berapa tahun kerja?"
"Kerajaan or swasta?"
"Tetap or sementara or kontrak?"
"Gaji sebulan berapa?"
"Kerja kamu ini apa masa depannya? Ada kenaikan gaji? Ada bonus? Elaunnya bagaimana?"
"Pergi kerja dengan apa? Kereta? Motosikal? LRT? Tumpang kawan?"
"Rumah sendiri or rumah sewa? Nanti dah nikah nak tinggal mana?"
"Agak-agak bila nak nikah? Persediaan macam mana?"
"Mampu tanggung anak kami macam kami tanggung?"

Fuh. Nasib la sesiapa yang mengalami situasi sebegitu.
Berpeluh sampai ke tumit juga la nak menjawab soalan macam ni. Dengan gemuruh lagi, ketar satu badan, maklumlah bakal mertuakn.

Jika jawapan yang kamu berikan adalah,
"Baru kerja. Bukan kerajaan. Belum dapat status tetap or berpencen. Gaji masih peringkat starting tak sampai 1.5K sebulan. Tak sure masa depan syarikat tempat kerja, maybe short-term dan kena cari kerja lain yang lebih bagus. Pergi kerja dengan motosikal. Kadang-kadang naik LRT. Cadangan nikah tak dapat buat lagi tahun ni, maybe satu dua tahun lagi. Persediaan masih dalam perancangan. Lepas nikah maybe sewa rumah flat dulu sebab dalam proses nak loan kereta. Insya-Allah mampu kot."

Dengan jawapan temuduga yang tak berapa nak pass macam ni, belum tentu kamu akan diterima walaupun kamu suka sama suka dengan si anak. Tu contoh yang makan gaji. Kalau yang tak ada kerja langsung camana?

Di mata para ibu bapa gadis, mereka nakkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Bila kamu jadi ibu bapa kelak, kamu juga nak pilih menantu yang terbaik. Takkan nak yang cikai-cikai, cukup-cukup makan je. Secara logiknya begitu.

Sebab tidak ramai ibu bapa yang betul-betul Islamik, yang betul2 memikirkan soal tanggungjawab dari segi Islam bagi anak mereka pada masa kini. Kebanyakkan mereka ikut logik dan rasa tanggungjawab penuh sebagai ibu bapa sahaja.

Sukar untuk mencari ibu bapa yang kata,
"Tak kisahlah kamu kerja apa, kerja kat mana. Tak perlu keluarkan kos banyak-banyak. Cukuplah dengan apa yang kamu ada. Yang penting, kamu suka anak kami, ikhlas nak buat isteri dan kami sedia terima kamu sepenuhnya dengan seluas-luasnya hati kami. Kami alu-alukan kamu jadi keluarga kami. Welcome aboard to our big family." (senyum sampai telinga sambut kita)

Ada. Tapi susah. Ini realiti kehidupan modern sekarang. Tambah-tambah anak orang yang kamu nak itu berada dalam kategori orang berada atau kaya.

Berterus-terang dengan ketidakmampuan diri adalah cara yang terbaik. Andai ibu-bapa si gadis tidak berkenan dengan kita, tidak suka dengan kerja kita yang tidak menjamin kehidupan anak mereka, maka jalan terbaik adalah undur diri saja.

Bukan kerana tidak berusaha untuk dapatkan kerja yang lebih baik, tapi bukan senang juga nak dapat kerja yang bagus dengan ekonomi yang tidak begitu baik dewasa ini. Apabila ibu-bapa gadis terlalu inginkan yang terbaik, andainya ia terlalu membebankan kamu untuk capai sebagaimana demand mereka. Maka, sila undur diri saja.

Jika mereka mahukan menantu yang terbaik. Kita juga mahukan mertua yang terbaik. Mertua yang terbaik pada kita adalah yang memahami erti hidup Islam sebenar. Tidak demand ke tahap yang kita tak mampu lakukan. Nikah tidak rumit dalam Islam.

Lepaskan saja anak mereka, insya-Allah pandailah orang tua mereka matchkan dengan calon yang lebih baik sebagaimana ciri-ciri menantu impian mereka. Bukan enggan berusaha, tapi berjaya tu tak datang sekelip mata.

Nasihat saya kepada semua lelaki, sila lengkapkan diri betul-betul sebelum jalani temuduga keluarga. Biar bersedia segala sudut. Jangan pergi dengan bekal kosong dan janji manis. Aturan Allah itu terbaik. Jaminan Dia lebih baik dari jaminan kita. Bagi semua yang dah bergelar tunang atau isteri, hargailah lelaki masing-masing. Kerana bina masjid suci, tak semudah kita bermimpi.

Nukilan lelaki biasa yang belum pernah mengalami pengalaman yang sebenar.
Sekadar sebuah contengan nukilan jalanan untuk santapan semua.

Husband and wife dialogue...............


The husband : did you pray ‘Asr prayer ?
The wife : No !
The husband : Why ?
The wife : I just arrived from work and I am a bit tired. I will go to sleep.
The husband : Ok ! Go pray ‘Asr and Maghrib before the Athan for ‘Isha prayer starts.


The next day, as usual, the husband went on a business trip which would last for days.
He left the house. After few hours he arrived
at his destination.
The wife waited for his call as usual. He didn’t call or inbox her.
She phoned him but no reply! She became irritated and worried about him.
She phoned again and again but no reply !


After few hours he phoned her.

The wife : are you ok, honey ??
The husband : yes, ?? am ok. Alhamdulillah.
The wife : when did you arrive ??
The husband : four hours now.
The wife : «surprised » : FOUR hours !!! but you didn’t call !!!
The husband : I arrived a bit tired and I went to sleep.
The wife : You could have called me. It wouldn’t have taken more than few minutesDidn’t you hear the phone ringing ?
The husband : Yes, I did.
The wife : why didn’t you answer the phone? Didn’t you care?
The husband : (silent)….. But yesterday you also didn’t care when you heard the Adhan, a call from ALLAH…
The wife : (silent, and tears in her eyes). You are right, honey. I am sorry !
The husband : Ask ALLAH subhanahu wa ta’ala to forgive you, not me! We can be together in Jannah..


InshaAllah