Kita Geng Okeh!

March 21, 2014

Doa Pelindung daripada malapetaka { Doa Abu Darda Radiallahu Anhu (RA) }




Doa  ini merupakan doa pelindung diri, keluarga dan harta daripada malapetaka.
Doa ini perlu dibaca selepas solat Subuh dan selepas solat Asar.


 





Kisah Di sebalik Doa Yang diajarkan oleh Rasullullah SAW kepada Abu Darda R.A.


Talha R.A. telah meriwayatkan : 
" Seseorangg telah datang kepada Abu Darda R.A. dan memberitahu bahawa kampung kita telah terbakar tuan. Rumah-rumah sedang terbakar" . 
Abu Darda R.A. menjawab : " Jangan susah hati, rumah saya tidak akan terbakar."

Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya telah terbakar.
Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama. Dan Abu Darda memberikan jawapan yang sama.

Pada kali ke empat seseorang telah datang dan memberitahu Abu Darda R.A. " Wahai Abu Darda, api telah marak tetapi apabila sampai kepada rumah tuan, api tersebut telah padam." 

Abu Darda R.A. menjawab: " Saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan membakar rumah saya. Rasullullah SAW telah mengajar saya satu doa dimana jika dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga petang. (saya telah membaca doa ini selepas subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar"

Riwayat Ibnu Sunni. Di petik dari Al Azkar Imam Nawawi, Bab Bacaan Pada Waktu Pagi dan Petang
Ibnu Sunni merupakan Imam Abu Bakar Ahmad bin Muhammad bin Ishak As Sunni



Doa Pelindung daripada malapetaka { Doa Abu Darda Radiallahu Anhu (RA) }



No comments:

Post a Comment