Kita Geng Okeh!

March 29, 2014

DAJJAL



Doa Pelindung dari fitnah Dajjal

(ketika tashahhud akhir)



Doa Agar Selamat Dari Fitnah Dajjal - Setiap umat muslim yang beriman pasti sudah tau siapa itu dajjal, dan sifat-sifatnya. Dajjal ialah sosok yang akan turun ke bumi pada hari kiamat dan akan menyebarkan fitnah, fitnah itu di antara nya adalah :
  • Dia mengaku sebagai tuhan
  • Dia membawa surga dan neraka dan menyuruh umat muslim untuk memilih, dan bagi umat muslim yang kurang beriman maka umat muslim tersebut akan memilih surga dajjal.

Dari Hudzaifah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata:
"Dajjal cacat mata kiri nya, kriting rambutnya, bersamanya surga dan neraka, nerakanya adalah surga Allah dan Surga nya adalah Neraka Allah." (HR. Muslim, no. 2934)
  • Membunuh seseorang kemudian menghidupkannya kembali (atas izin allah)


Rasulullah SAW berkata :
“Keluarlah pada hari itu seorang yang terbaik atau di antara orang terbaik. Dia berkata: ‘Aku bersaksi engkau adalah Dajjal yang telah disampaikan kepada kami oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.’ Dajjal berkata (kepada pengikutnya): ‘Apa pendapat kalian jika aku bunuh dia dan aku hidupkan kembali apakah kalian masih ragu kepadaku?’ Mereka berkata: ‘Tidak.’ Maka Dajjal membunuhnya dan menghidupkannya kembali….” (HR. Muslim no. 2938)
  • Menggergaji seseorang kemudian membangkitkannya lagi (atas izin allah) Diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim rahimahullahu dari sahabat Abu Sai’d Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu (no. 2938) berkata:


Rasulullah S.A.W menyampaikan kepada kami sebuah hadits yang panjang tentang Dajjal pada suatu hari. Di antara apa yang beliau sampaikan adalah:
“Dajjal datang dan dia diharamkan untuk masuk ke kota Madinah, maka dia berakhir di daerah yang tanahnya bergaram yang berada di sekitar Madinah. Maka keluarlah kepadanya seorang yang paling baik dan dia berkata: ‘Aku bersaksi bahwa kamu adalah Dajjal yang telah diceritakan oleh Rasulullah.’ Lalu Dajjal berkata (kepada pengikutnya): ‘Bagaimana jika aku membunuh orang ini kemudian menghidupkannya, apakah kalian masih tetap ragu tentang urusanku?’ Mereka berkata: ‘Tidak.’ Dia pun membunuhnya kemudian menghidupkannya. Orang yang baik itu berkata setelah dihidupkan: ‘Demi Allah, aku semakin yakin tentang dirimu.’ Rasulullah berkata: ‘Lalu Dajjal ingin membunuhnya lagi namun dia tidak sanggup melakukannya’.”
  • Memerintahkan langit untuk menurunkan hujan lalu turunlah hujan (atas izin allah)

Dari An-Nawwas bin Sam’an radhiyallahu ‘anhu: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata:
“…Dia datang kepada satu kaum mendakwahi mereka. Merekapun beriman kepadanya, menerima dakwahnya. Maka Dajjal memerintahkan langit untuk hujan dan memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tanaman, maka turunlah hujan dan tumbuhlah tanama..” (HR. Muslim no. 2937)
 Adapun kaum yang tidak beriman dan tidak menerima dakwah Dajjal, tidak ada sedikit harta pun tersisa pada mereka.
  • Bersamanya air, sungai, dan gunung roti, api, dan air

Rasaulullah SAW bersabda :
“…Sesungguhnya bersama dia ada surga dan nerakanya, sungai dan air, serta gunung roti. Sesungguhnya surganya Dajjal adalah neraka dan nerakanya Dajjal adalah surga.” (HR. Ahmad. Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu berkata: sanadnya shahih. Lihat Qishshatu Masihid Dajjal)

 Dari ‘Uqbah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata tentang Dajjal:
“Sungguh Dajjal akan keluar dan bersamanya ada air dan api. Apa yang dilihat manusia air sebenarnya adalah api yang membakar. Apa yang dilihat manusia api sesungguhnya adalah air minum dingin yang segar. Barangsiapa di antara kalian yang mendapatinya hendaknya memilih yang dilihatnya api, karena itu adalah air segar yang baik.” (HR. Muslim no. 2935)

"Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal". (Misykat, hal. 472) Hadith Riwayat Muslim

“Aku benar-benar akan memperingatkan kalian tentang Dajjal. Tidak ada seorang nabi melainkan ia pernah memperingatkan kaumnya tentang masalah tersebut. Tetapi aku akan mengatakan kepada kalian suatu ucapan yang belum pernah dikatakan oleh seorang nabi pun sebelumku. Dia itu (Dajjal) cacat (sebelah matanya) sedangkan Allah tidaklah cacat (sebelah mata)”.
(Sahih Jami’ shogir 3495/ Al-Bany) Hadith Riwayat Bukhari

Siapa dajjal itu tidak berapa penting untuk kita ketahui, tetapi kewajipan untuk berlindung dari fitnah dajjal merupakan perkara yang amat penting buat kita. Sebab itu dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w bersabda:

"Bila seseorang selesai membaca tashahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal'. [Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan utk dirinya sesuai kepentingannya]". (Hadith riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa [27].)

Dalam riwayat abu daud dan ahmad dengan sanad yang sahih, Nabi selalu membaca doa tersebut dalam tasyahhudnya.

Lihatlah betapa pentingnya untuk kita berlindung dari fitnah dajjal tersebut, Nabi s.a.w seorang manusia yang secara mutlaknya mendapat lindungan dari Allah sendiri selalu memohon perlindungan dari fitnah dajjal, sedangkan siapa kita di sisi Allah.

Bahayanya fitnah dajjal ialah, ia bukan sahaja mengelirukan orang awam yang rendah ilmu dan imannya , tetapi jika di lihat sejarah, berapa ramai ulama' terkeliru dengan dajjal ini, baik dajjal kiasan ataupun realiti. Fitnah dajjal amat dasyat, boleh jadi seseorang yang awalnya Islam akan tersesat di akhir hayatnya..kemungkinan akan murtad..
Nauzubillah.....

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, "Jika salah seorang di antaramu telah selesai membaca tasyahud akhir, hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah dari empat hal, dengan membaca:


Ruminya : Alloohumma inni a'uuzu bika min 'azaabil qabri, wa min 'azaabi jahannam , wa min fitnatil mahyaaa wal mamaati, wa min syarri fitnatil masiihid dajjaal

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksaan kubur, dari siksaan neraka jahanam, dari fitnah hidup dan mati dan dari fitnah dajjal.

Marilah sama-sama kita amalkan..

March 23, 2014

SUNNAH NABI BERCINCIN...


LOGAM YANG DIBENARKAN UNTUK MEMBUAT CINCIN


EMAS

  1. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa emas dibenarkan kepada wanita untuk memakainya, manakala bagi lelaki ianya adalah haram.
  2. Manakala untuk kanak-kanak yang belum baligh, para ulama Syafieyah di dalam pandangan muktamad di dalam mazhab berpendapat bahawa dibenarkan bagi mereka untuk memakai emas samaada kanak-kanak lelaki atau perempuan.

 PERAK

  1. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa cincin perak dibenarkan kepada wanita. Manakala bagi lelaki pula terdapat perincian oleh para ulama .
  2. Para ulama Hanafiyah mengatakan bahawa harus bagi lelaki memakai cincin perak. Ianya menjadi sunnah kepada para sultan, para qadhi dan yang seumpama dengannya. Manakala kepada selain sultan, qadhi dan yang seumpama dengannya terlebih afdhal bagi mereka tidak memakai cincin perak.
  3. Para ulama Malikiyah pula berpandangan bahawa memakai cincin perak bagi lelaki adalah harus dan jika dipakai dengan tujuan mengikut sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam hukumnya adalah sunnah dan haram memakainya dengan tujuan berbangga diri.
  4. Para ulama Syafieyah pula berpandangan bahawa disunatkan kepada sesiapa sahaja untuk memakai cincin perak bukan dikhususkan kepada sultan dan qadhi semata-mata.
  5. Para ulama Hanabilah berpandangan bahawa memakai cincin perak bagi lelaki adalah harus.


SELAIN DARIPADA EMAS & PERAK

  1. Para ulama Malikiyah ( dalam pandangan yang muktamad ) dan ulama Hanabilah berpandangan bahawa memakai cincin daripada besi, tembaga dan seumpama dengannya adalah makruh berdasarkan larangan Baginda sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis. Hukuman ini merangkumi lelaki dan  wanita.
  2. Para ulama Malikiyah berpandangan bahawa mengambil cincin daripada kayu, kulit dan batu adalah harus bagi lelaki dan wanita. Manakala para ulama Hanabilah pula berpandangan diharuskan bagi lelaki dan wanita memakai cincin daripada zamrud, yaqut, jed dan lain-lain jenis batu.
  3. Para ulama Syafieyah pula mempunyai dua pandangan di dalam permasalahan ini. Sebahagian mengatakan bahawa hukumnya makruh memakai cincin selain emas dan perak. Manakala sebahagian lagi mengatakan tidak makruh. Al-Imam Nawawi rahimahullah berpandangan dengan mengatakan tidak makruh memakai cincin daripada selain emas dan perak . al-Imam Qalyubi di dalam Hasyiyahnya juga mengatakan bahawa tiada masalah untuk memakai cincin daripada tembaga , besi dan lain-lain.
  4. Para ulama Hanafiyah pula seperti al-Imam Ibn Abidin rahimahullah mengatakan bahawa dihalalkan bagi lelaki memakai cincin perak dan diharamkan memakai cincin emas, tembaga atau besi. Manakala mengambil cincin daripada batu adalah dibenarkan khususnya batu aqiq.

  
HUKUM BILANGAN CINCIN

  1. Para ulama Malikiyah mengatakan bahawa diharamkan bagi seseorang lelaki memakai lebih daripada satu cincin.
  2. Para ulama Syafieyah pula berpandangan bahawa dibenarkan untuk memakai 2 bentuk cincin perak dalam satu masa. Ini seperti yang disebutkan oleh al-Imam Jalaluddin al-Suyuti rahimahullah. Makruh hukumnya memakai lebih daripada 2 bentuk cincin. Al-Imam Isnawi rahimahullah juga berpandangan sedemikian dan kata al-Imam Khawarizmi di dalam al-Kafi : Makruh memakai kedua-dua cincin tersebut pada satu jari.
  3. Para ulama Hanabilah pula berpandangan bahawa dibenarkan bagi lelaki memakai dua cincin dan lebih selagi mana tidak keluar daripada adat setempat.
  4. Manakala para ulama Hanafiyah tidak pula kedapatan mereka mengeluarkan pandangan di dalam masalah ini.


BENTUK CINCIN RASULULLAH

  1. Cincin Baginda sallallahu alaihi wasallam ada dua jenis. Ada yang diukir perkataan “ Muhammad Rasulullah” dan ada yang diletakkan batu.
  2. Jenis batunya menjadi perbahasan para ulama, sebahagian mengatakan bahawa ianya adalah jenis aqiq dan al-Imam Jalaluddin al-Suyuthi mengatakan bahawa beliau melihat di dalam kitab Mufradat fi  al-Tibb karangan Ibn al-Baithar bahawa jenis batu tersebut adalah zabarjad.


JARI YANG SUNNAH DILETAKKAN CINCIN

  1. Bagi wanita tiada tempat yang khusus diletakkan. Terpulang kepada mereka untuk memakai cincin dimana sahaja anggota. Samada di kesemua jari tangan atau jari kaki sekalipun. Ini kerana itu adalah perhiasan bagi mereka.
  2. Para ulama berbeza pandangan tentang kedudukan jari yang sunnah dipakaikan cincin bagi lelaki. Para ulama Hanafiyah mengatakan bahawa disunnahkan bagi lelaki untuk memakai cincin di jari kelingking sebelah kiri dan bukan pada jari lain walaupun kanan. Sebahagian daripada ulama Hanafiyah mengatakan bahawa diharuskan untuk memakai cincin pada jari kelingking kanan.
  3. Manakala al-Imam Malik radhiyallahu anhu, guru kepada al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu mengatakan bahawa disunnahkan memakai cincin di jari kelingking kiri dan beliau sendiri memakai cincin di jari kelingking kiri. Al-Imam Ibn al-Arabi al-Maliki mengatakan bahawa sunnah memakai cincin pada jari kelingking kiri dan makruh memakainya pada  kelingking kanan.
  4. Para ulama Syafieyah mengatakan bahawa harus untuk dipakai cincin pada jari kelingking kanan atau kiri sekalipun. Tetapi pandangan yang masyhur ialah memakainya pada jari kelingking kanan kerana ianya merupakan tempat untuk berhias. Manakala memakai cincin pada jari manis adalah dibenarkan. Jari tengah, telunjuk dan ibu jari adalah dilarang bagi kaum lelaki untuk meletakkan cincin padanya. Ini kerana terdapat larangan daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam kepada Sayyiduna Ali radhiyallahu anhu untuk memakai cincin pada jari-jari tersebut.
  5. Para ulama Hanabilah pula berpandangan bahawa afdhal memakai cincin pada jari kelingking kiri. Mereka juga berpandangan bahawa dibenarkan untuk memakai cincin pada jari manis dan ibu jari. Manakala jari telunjuk dan jari tengah adalah dilarang untuk meletakkan cincin padanya kerana terdapat larangan yang jelas daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam.


Sama ada bagi kaum lelaki mahupun wanita, dibolehkan bagi mereka memakai cincin pada jari manis, kelingking ataupun ibu jari. Adapun jari telunjuk dan tengah, keduanya adalah dilarang.

Hal dinyatakan dalam sebuah athar daripada Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu, “Bahawasnya (Rasulullah) melarangku memakai cincin pada jari ini dan ini – seraya mengisyaratkan kepada jari telunjuk dan jari tengah.” (Sahih. Riwayat Al-Nasa’i)


SUNNAH MEMAKAI CINCIN PADA TANGAN KANAN ATAU KIRI

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam  pernah memakai cincin pada kedua-dua tangannya sebagaimana dalam hadis Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, “Bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah memakai cincin perak pada tangan kanannya di mana kepala cincinnya daripada Habsyah; dan Baginda menjadikan kepala cincinnya pada bahagian dalam telapak tangannya.” ( Bukhari dan Muslim)

Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu turut meriwayatkan, “Bahawasanya Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam memakai cincin pada jari ini – sambil mengisyarat pada jari manis tangan kirinya.” (Muslim)

Berdasarkan kedua-dua riwayat yang sahih ini dapat disimpulkan bahawa sama ada cincin itu diletakkan pada tangan kanan mahupun tangan kiri, kedua-duanya adalah Sunnah kerana ia telah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. (Al-Syarah Al-Mumti’ oleh Syeikh Ibnu Uthaimin, 6/116)


KEPALA CINCIN DILETAK PADA BAHAGIAN DALAM TELAPAK TANGAN

Sunnahnya adalah mengarahkan kepala cincin ke arah dalam telapak tangan sebagaimana dalam hadis riwayat Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, “Bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menjadikan kepala cincinnya pada bahagian dalam telapak tangannya.” (Bukhari dan Muslim)


LARANGAN MEMAKAI CINCIN PERKAHWINAN

Perlu dijelaskan bahawa amalan memakai cincin perkahwinan bukan daripada ajaran Islam. Ia tidak dilakukan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, para Sahabat radhiyallahu ‘anhu mahupun generasi awal Islam. Sebaliknya ia adalah adat tradisi yang diwarisi daripada orang Kristian dalam urusan perkahwinan mereka.

Amalan menyarung cincin perkahwinan adalah adat Kristian sejak turun-temurun di mana si pengantin lelaki akan meletakkan cincin pada hujung ibu jari pengantin perempuan lalu berkata: “Dengan nama Bapa”. Setelah itu dia akan memindahkan cincin ke hujung jari telunjuk dan berkata: “Dengan nama Anak”. Selepas itu dia beralih ke jari tengah seraya berkata: “Dengan nama Roh Al-Qudus”. Dan tatkala dia berkata “Amin” dia akan menyarungkan cincin itu pada jari manis pengantin perempuan itu.

Syeikh Albani menukilkan kenyataan Angela Talbot, editor Majalah Women yang berpusat di London dalam keluaran ke-19 pada 19 Mac 1960 di mana ketika menjawab soalan tentang mengapa cincin perkahwinan diletakkan pada jari manis tangan kiri, Angela Talbot berkata: “Dikatakan bahawa terdapat urat saraf yang berhubung secara terus daripada jari tersebut ke jantung.” (Adaab Al-Zafaaf oleh Syeikh Albani, hlm. 212-214)

Syarak melarang keras Umat Islam meniru orang kafir apatah lagi dalam urusan yang bersangkut-paut dengan kepercayaan keagamaan mereka. Perbuatan seperti ini jelas boleh membawa kepada kufur wal iyazubillah. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mengecam mereka yang meniru orang kafir dalam sabda Baginda, “Barangsiapa merenyerupai sesebuah kaum maka dia tergolong dalam kaum itu” (Hasan. Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud).

Oleh itu, jelas memakai cincin yang khas buat pertunangan atau perkahwinan adalah haram kerana ia menyerupai amalan orang Kristian. Lebih sulit lagi sekiranya cincin itu dibuat daripada emas. Dalam hal ini dua kesalahan telah dilakukan. Pertama, menyerupai orang kafir. Kedua, memakai cincin emas. Harus diingat, bukan sahaja kaum lelaki tetapi wanita juga turut dilarang daripada memakai cincin emas sebagaimana dalam hadis-hadis yang telah disebutkan dalam Perkara ke-2 dalam tulisan ini.

وَصلَّى الله عَلى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم



Sumber : 

  1. Al-Hawi lil Fatawi oleh al-Imam Jalaluddin al-Suyuthi RA, jilid 1 m/s 75-76 cetakan Darul Kutub Ilmiyah tahun 1982
  2. Ustaz Nazrul Nasir
  3. Ustaz Idris Sulaiman

March 22, 2014

Antara Sunnah Rasulullah SAW yang dilupakan

Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW baik perkataan, perbuatan, ataupun persetujuan. Sunnah juga berarti sesuatu yang pelakunya mendapat pahala dan tidak ada dosa bagi yang meninggalkannya. Di antara perbuatan sunnah yang jarang dilakukan kaum muslimin adalah sebagai berikut:


1. Mendahulukan Kaki Kanan Saat Memakai Sandal Dan Kaki Kiri Saat Melepasnya

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Jika kalian memakai sandal maka dahulukanlah kaki kanan, dan jika melepaskannya, maka dahulukanlah kaki kiri. Jika memakainya maka hendaklah memakai keduanya atau tidak memakai keduanya sama sekali.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

2. Menjaga Dan Memelihara Wudhu

Diriwayatkan dari Tsauban RA bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Istiqamahlah (konsistenlah) kalian semua (dalam menjalankan perintah Allah) dan kalian tidak akan pernah dapat menghitung pahala yang akan Allah berikan. Ketahuilah bahwa sebaik-baik perbuatan adalah shalat, dan tidak ada yang selalu memelihara wudhunya kecuali seorang mukmin.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

3. Bersiwak (Menggosok Gigi dengan Kayu Siwak)

Diriwayatkan dari Aisyah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Siwak dapat membersihkan mulut dan sarana untuk mendapatkan ridha Allah.” (HR. Ahmad dan An-Nasa`i) Rasulullah SAW juga bersabda, “Andaikata tidak memberatkan umatku niscaya aku memerintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali hendak solat.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim) Bersiwak disunnahkan setiap saat, tetapi lebih sunnah lagi saat hendak berwudhu, solat, membaca Al-Qur`an, saat bau mulut berubah, baik saat berpuasa ataupun tidak, pagi maupun petang, saat bangun tidur, dan hendak memasuki rumah. Bersiwak merupakan perbuatan sunnah yang hampir tidak pernah dilakukan oleh banyak orang, kecuali yang mendapatkan rahmat dari Allah. Untuk itu, wahai saudaraku, belilah kayu siwak untuk dirimu dan keluargamu sehingga kalian bisa menghidupkan sunnah ini kembali dan niscaya kalian akan mendapatkan pahala yang sangat besar.

4. Solat Istikharah

Diriwayatkan dari Jabir RA bahwa ia berkata, “Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita tata cara solat istikharah untuk segala urusan, sebagaimana beliau mengajarkan surat-surat Al-Qur`an kepada kami.” (HR. Al-Bukhari) Oleh kerana itu, lakukanlah solat ini dan berdoalah dengan doa yang sudah lazim diketahui dalam solat istikharah.

5. Berkumur-Kumur Dan Menghirup Air dengan Hidung Dalam Satu Cidukan Telapak Tangan Ketika Berwudhu

Diriwayatkan dari Abdullah bin Zaid Radhiyallahu Anhu, bahwa Rasulullah SAW berkumur-kumur dan menghirup air dengan hidung secara bersamaan dari satu tadahan air dan itu dilakukan sebanyak tiga kali. (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

6. Berwudhu Sebelum Tidur Dan Tidur Dengan Posisi Miring Ke Kanan

Diriwayatkan dari Al-Barra’ bin Azib RA bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Jika kamu hendak tidur, maka berwudhulah seperti hendak solat, kemudian tidurlah dengan posisi miring ke kanan dan bacalah, ‘Ya Allah, Aku pasrahkan jiwa ragaku kepada-Mu, aku serahkan semua urusanku kepada-Mu, aku lindungkan punggungku kepada-Mu, karena cinta sekaligus takut kepada-Mu, tiada tempat berlindung mencari keselamatan dari (murka)-Mu kecuali kepada-Mu, aku beriman dengan kitab yang Engkau turunkan dan dengan nabi yang Engkau utus’. Jika engkau meninggal, maka engkau meninggal dalam keadaan fitrah. Dan usahakanlah doa ini sebagai akhir perkataanmu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

7. Berbuka Puasa Dengan Makanan Ringan

Diriwayatkan dari Anas bin Malik RA, ia berkata, “Rasulullah SAW berbuka puasa sebelum solat maghrib dengan beberapa kurma basah. Jika tidak ada maka dengan beberapa kurma kering. Jika tidak ada, maka beliau hanya meminum beberapa teguk air.” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan At-Tirmidzi)

8. Sujud Syukur Saat Mendapatkan Nikmat Atau Terhindar Dari Bencana

Sujud ini hanya sekali dan tidak terikat oleh waktu. Diriwayatkan dari Abu Bakrah RA ia berkata, “Jika Rasulullah SAW mendapatkan sesuatu yang menyenangkan atau disampaikan kabar gembira maka beliau langsung sujud dalam rangka bersyukur kepada Allah.” (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

9. Tidak Begadang Dan Segera Tidur Selesai Shalat Isya`

Hal ini berlaku jika tidak ada keperluan saat begadang. Tetapi jika ada keperluan, seperti belajar, mengobati orang sakit dan lain-lain maka itu diperbolehkan. Dalam hadits shahih dinyatakan bahwa Rasulullah SAW tidak suka tidur sebelum shalat isya` dan tidak suka begadang setelah shalat isya`.

10. Mengikuti Bacaan Muadzin

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr RA bahwa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Jika kalian mendengar azan, maka ucapkanlah seperti yang diucapkan oleh muadzin, kemudian berselawatlah kepadaku. Barangsiapa yang berselawat kepadaku, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali. Kemudian mintakan wasilah untukku, karena wasilah merupakan tempat di surga yang tidak layak kecuali bagi seorang hamba Allah dan aku berharap agar akulah yang mendapatkannya. Barangsiapa yang memintakan wasilah untukku maka ia akan mendapatkan syafaatku (di akhirat kelak).” (HR. Muslim)

11. Berlumba-Lumba Untuk Mengumandangkan Azan, Bersegera Menuju Solat, Serta Berupaya Untuk Mendapatkan Shaf Pertama.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Andai kata umat manusia mengetahui pahala di balik azan dan berdiri pada shaf pertama kemudian mereka tidak mendapatkan bagian kecuali harus mengadakan undian terlebih dahulu niscaya mereka membuat undian itu. Andaikata mereka mengetahui pahala bergegas menuju masjid untuk melakukan solat, nescaya mereka akan berlumba-lumba melakukannya. Andaikata mereka mengetahui pahala solat isyak dan subuh secara berjamaah, nescaya mereka datang meskipun dengan merangkak.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

12. Meminta Izin Tiga Kali Ketika Bertemu

Jika tidak diizinkan dari tuan rumah, maka anda harus pergi. Allah Ta’ala berfirman, “Dan jika dikatakan kepadamu, “Kembalilah!” Maka (hendaklah) kamu kembali. Itu lebih suci bagimu, dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. An-Nuur: 28) Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Adab meminta izin itu hanya tiga kali, jika tidak diizinkan maka seseorang harus pulang.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

13. Mengibaskan Cadar Saat Hendak Tidur

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda,“Jika hendak tidur, maka hendaknya dia mengambil hujung cadarnya, lalu mengibaskannya dengan membaca basmallah, kerana dia tidak mengetahui apa yang akan terjadi di atas katilnya. Jika dia hendak merebahkan tubuhnya, maka hendaknya dia mengambil posisi tidur miring ke kanan dan membaca, “Maha Suci Engkau, ya Allah, Rabbku, dengan-Mu aku merebahkan tubuhku, dan dengan-Mu pula aku mengangkatnya. Jika Engkau menahan nyawaku, maka ampunkanlah ia, dan jika Engkau melepasnya, maka lindungilah ia dengan perlindungan-Mu kepada hamba-hamba-Mu yang shalih.” (HR. Muslim)

14. Meruqyah Diri Dan Keluarga

Diriwayatkan dari Aisyah RA bahwa ia berkata, “Nabi Muhammad SAW senantiasa meruqyah dirinya dengan doa-doa perlindungan ketika sakit, iaitu pada sakit yang menyebabkan wafatnya beliau. Saat beliau kritis, akulah yang meruqyah beliau dengan doa tersebut, lalu aku mengusapkan tangannya ke anggota tubuhnya sendiri, karena tangan itu penuh berkah.” (HR. Al-Bukhari)

15. Berdoa Saat Memakai Pakaian Baru

Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri RA ia berkata, “Rasulullah SAW jika mengenakan pakaian baru, maka beliau menamai pakaian itu dengan namanya, baik itu baju, surban, selendang ataupun jubah, kemudian beliau membaca, “Ya Allah, hanya milik-Mu semua pujian itu, Engkau telah memberiku pakaian, maka aku mohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan tujuannya dibuat, dan aku berlindung kepada-Mu dari keburukannya dan keburukan tujuannya dibuat.” (HR. Abu Dawud dan At-Tirmidzi)

16. Mengucapkan Salam Kepada Semua Orang Islam Termasuk Anak Kecil

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru RA, ia menceritakan, ”Seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah SAW  ‘Apa ciri keislaman seseorang yang paling baik?’Rasulullah SAW menjawab, ‘Kamu memberikan makanan (kepada orang yang membutuhkan) dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang tidak kamu kenal.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan dari Anas RA bahwa ia menuturkan, “Rasulullah SAW berjalan melewati kumpulan anak-anak, lalu beliau mengucapkan salam kepada mereka semua.” (HR. Muslim)

17. Berwudhu Sebelum Mandi Besar (Mandi Junub)

Diriwayatkan dari Aisyah RA, “Jika Rasulullah SAW ingin mandi besar, maka beliau membasuh tangannya terlebih dahulu, lalu berwudhu seperti hendak shalat, kemudian memasukkan jemarinya ke air dan membasuh rambutnya dengan air. Selanjutnya Rasulullah SAW menuangkan air tiga ciduk ke kepalanya dengan menggunakan tangannya, lalu mengguyur semua bagian tubuhnya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

18. Membaca ‘Amin’ Dengan Suara Keras Saat Menjadi Makmum

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Jika imam membaca “Amin” maka kalian juga harus membaca “Amin” kerana barangsiapa yang bacaan Amin-nya bersamaan dengan bacaan malaikat maka diampunkan dosa-dosanya yang telah berlalu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah riwayat disebutkan bahwa kaum salafus-shalih mengeraskan bacaan “Amin” sehingga masjid bergemuruh.

19. Mengeraskan Suara Saat Membaca Zikir Setelah Solat

Di dalam kitab Shahih Al-Bukhari disebutkan, “Ibnu Abbas RA mengatakan, mengeraskan suara dalam berzikir setelah orang-orang selesai melaksanakan solat wajib telah ada sejak zaman RasulullahSAW. Ibnu Abbas juga mengatakan, “Aku mengetahui orang-orang telah selesai melaksanakan solat karena mendengar zikir mereka.” (HR. Al-Bukhari)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, “Disunnahkan mengeraskan suara saat membaca tasbih, tahmid dan takbir setelah solat.”
Sunnah ini tidak dilakukan di banyak masjid sehingga tidak dapat dibedakan apakah imam sudah salam atau belum, karena suasananya sepi dan hening. Caranya adalah imam dan makmum mengeraskan bacaan tasbih (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah) dan takbir (Allahu Akbar) secara sendiri-sendiri, bukan satu jemaah dan satu suara. Adapun mengeraskan suara ketika berzikir dengan satu jemaah, satu suara dan dipimpin oleh imam maka dalam hal ini terdapat perbedaan pendapat di kalangan ulama. Ada yang mengatakan sunnah secara mutlak, ada yang memandang sunnah dengan syarat-syarat tertentu dan ada pula yang mengatakan bahwa zikir berjamaah adalah perbuatan bid’ah.

20. Membuat Pembatas Saat Sedang Solat Fardhu Atau Solat Sunnah

Diriwayatkan dari Abu Said al-Kudri RA bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Ketika kalian hendak solat, maka buatlah pembatas di depannya dan majulah sedikit, dan janganlah membiarkan seseorang lewat di depannya. Jika ada orang yang sengaja lewat di depannya, maka hendaknya diamenghalanginya karena orang itu adalah setan.” (HR. Abu dawud dan Ibnu Majah)
Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu Anhuma, ia berkata, “Rasulullah SAW memacakkan tongkat di depannya, lalu solat di belakang tongkat itu.” (HR. Al-Bukhari)
Sunnah ini sering diabaikan, terutama saat melakukan solat sunnah.

Wahai saudaraku! Jadilah seperti orang yang diungkapkan oleh Abdurrahman bin Mahdi, “Aku mendengar Sufyan berkata, ‘Tiada satu hadits pun yang sampai kepadaku kecuali aku mengamalkannya meskipun hanya sekali.”
Muslim bin Yasar mengatakan, “Aku pernah melakukan solat dengan memakai sandal padahal solat tanpa sandal sangat mudah dilakukan. Aku melakukan itu hanya ingin menjalankan sunnah Rasul Shallallahu Alaihi wa Sallam.”
Ibnu Rajab menuturkan, “Orang yang beramal sesuai ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, meskipun amal itu sangat kecil, maka itu akan lebih baik daripada orang yang beramal tidak sesuai dengan ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam meskipun dia sangat bersungguh-sungguh.”


Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang mengikuti sunnah rasul-Mu dan mengikuti jejaknya. Ya Allah, kumpulkanlah kami dan kedua orang tua kami bersamanya di syurga-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.



March 21, 2014

Doa Pelindung daripada malapetaka { Doa Abu Darda Radiallahu Anhu (RA) }




Doa  ini merupakan doa pelindung diri, keluarga dan harta daripada malapetaka.
Doa ini perlu dibaca selepas solat Subuh dan selepas solat Asar.


 





Kisah Di sebalik Doa Yang diajarkan oleh Rasullullah SAW kepada Abu Darda R.A.


Talha R.A. telah meriwayatkan : 
" Seseorangg telah datang kepada Abu Darda R.A. dan memberitahu bahawa kampung kita telah terbakar tuan. Rumah-rumah sedang terbakar" . 
Abu Darda R.A. menjawab : " Jangan susah hati, rumah saya tidak akan terbakar."

Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya telah terbakar.
Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama. Dan Abu Darda memberikan jawapan yang sama.

Pada kali ke empat seseorang telah datang dan memberitahu Abu Darda R.A. " Wahai Abu Darda, api telah marak tetapi apabila sampai kepada rumah tuan, api tersebut telah padam." 

Abu Darda R.A. menjawab: " Saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan membakar rumah saya. Rasullullah SAW telah mengajar saya satu doa dimana jika dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga petang. (saya telah membaca doa ini selepas subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar"

Riwayat Ibnu Sunni. Di petik dari Al Azkar Imam Nawawi, Bab Bacaan Pada Waktu Pagi dan Petang
Ibnu Sunni merupakan Imam Abu Bakar Ahmad bin Muhammad bin Ishak As Sunni



Doa Pelindung daripada malapetaka { Doa Abu Darda Radiallahu Anhu (RA) }



March 20, 2014

DAKWAH


Perjalanan dakwah tiada penghujung...
kita bukan pemula, bukan juga penghujung, tetapi penyambung...
maka jgn hentikan perjalanan itu,  

Selagi mampu, 
selagi nyawa dikandung badan, 
selagi nadi masih berdenyut..

Teruslah berjalan, 
perjalanan masih jauh selagi kita tidak melangkahkan kaki ke syurga....
Teruslah berjalan, 
walaupun sukar, 
walaupn pahit,
tiada satu perkara yg mudah di dunia persinggahan ini...

Walaupun dihina,
dicaci,
dimaki,
tak mengapa,
yang penting jangan putus asa,
kerana selagi kita hidup kita perlu menyampaikan...


SETIAP PENYAKIT ITU ADA UBATNYA


KEAJAIBAN SUNNAH NABI YANG SERING DIREMEHKAN...

Tegasnya Baginda bersabda:
"Barang siapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnahku, sehingga para manusia mengamalkannya, maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala yang mengamalkannya, tidak berkurang walau sedikitpun pahala mereka." ( Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Kelebihan bersugi @ bersiwak:

  1. Solat dengan bersugi lebih baik daripada 70 rakaat solat yang tidak bersugi.
  2. Menyucikan mulut dan gigi.
  3. Mendapat keredaan Allah.
  4. Mencergaskan otak.
  5. Mencerahkan mata.
  6. Melambatkan tumbuh uban.
  7. Mengurangkan bongkok dan sakit buah pinggang.
  8. Melipatgandakan pahala.
  9. Mengingatkan dua kalimah shahadat ketika hampir mati.
  10. Enzim zat pada kayu sugi mengharumkan gigi & baik untuk mulut
  11. Syaitan tidak gemar berada dalam mulut orang yang bersugi (Mulut terpelihara)
  12. Memberi Nur kepada wajah yang selalu menggunakannya
  13. Mengelakkan gigi dari mudah reput

Wasiat Baginda bersabda:
"Sesungguhnya, barang siapa di antara kalian yang hidup nanti akan melihat. Banyak perselisihan. Maka, hendaklah kalian berpegang teguh kepada sunnahku & sunnah Khulafa Al-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Berpegang eratlah kepadanya dan gigitlah dengan gigi geraham." ( Hadis Riwayat Abu Dawud, Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Tanamkan Keyakinan Yg Mendalam:

"SETIAP PENYAKIT ITU ADA UBATNYA"

Marilah kita mengamalkan sunnah nabi..

March 19, 2014

Semakin hampir...


Kini telah tiba..
Tandanya semakin hari semakin hampir..
Ramai dikalangan para2 Ulama' dan org2 soleh berpesan..

Salah seorang Ulama' terkenal, Sayyid Habib Umar bn Hafidz Hafizallah..
antara pesanan penting meraka...

"kami sangat berharap supaya disebarkan kepada seluruh umat Islam untuk membaca 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir daripada Surah Al-Kahf (surah ke-18) terutamanya sebelum tidur
dan mereka sudah berada di ambang keluarnya Dajjal pada akhir zaman"

Oleh itu, marilah kita sama2 beramal demi kebaikan untuk semua...

March 18, 2014

Wahai diri, pujuklah hati...



Aku memandang langit yang biru,
menikmati sisa-sisa hidup ini,
Sambil memohon pada Allah yang satu,
Agar senyuman terukir bila Dia memberi.

Semua yang berlaku pasti ada hikmahNya,
Lapangkanlah hati merima setiap ujianNya,
Teruskan usaha mendekatkan diri kepadaNya,
Agar kita berada diatas landasanNya.

Jika berada di langit turunkanlah,
Jika di laut keluarkanlah,
Semua ini adalah peringatan,
Buat diri yang kian Kealpaan.

Wahai diri, pujuklah hati,
Memang susah, tetapi berusahalah,
Tiada yang mustahil di dunia ini,
Pasti akan berjaya, yakinlah.



March 17, 2014

Salam Perkenalan drpd NEWBIE....

 

Akhirnya..siap jgk blog nie...hehe..thankz to sahabat aku "Double H" sbb susah payah nk siap kn blog nie..
nk arap aku siapkn mmg x la jwb ny..hehe..

Aku nie bkn ny pndai sgt psal2 internet nie..yg aku taw pn fb ja..
haha..maklum la, org kmpung yg kurg plajran bab nie..
(aku xkutuk org kmpung noh, aku ckp psal diri aku ja..)

sory la kalu sesetgah pihak 2 xphm..aku org utara...so ssah ckit la nk convert bhsa luaq..

apa2 pn 
SALAM PERKENALAN
semoga blog nie mnjadi medan perkongsian untuk semua dan kebaikan lebih byk berbanding keburukan...

In syaa Allah..